GEORGE TOWN – Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) , Syerleena Abdul Rashid menyeru orang ramai supaya melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan sekiranya orang ramai mendapati berlakunya kes-kes pembuangan sampah secara haram di sini.
Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan seorang pemimpin parti politik tempatan, H’ng Chee Wey yang mendakwa bahawa slogan ‘Pulau Pinang Bersih dan Hijau’ tidak lagi relevan ekoran terdapat banyak lokasi di bahagian pulau dipenuhi sampah- sarap.
“Melalui MBPP Watch yang menggunakan pendekatan aplikasi media sosial, Facebook , pengguna boleh menyalurkan aduan secara terus kepada Majlis.
“Maklum balas yang diperoleh menerusi MBPP Watch akan disiasat dan diambil tindakan demi kepentingan, kebajikan serta keselesaan penduduk di sini.
“Tidak kira siapa pun termasuk orang politik, anda boleh terus membuat aduan kepada MBPP, sebaliknya bukan membuat kenyataan kepada pihak lain yang jelas sekali tidak dapat membantu menyelesaikan perkara seperti ini,’’ katanya pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Ahli Majlis MBPP, Chris Lee Chun Kit.
Pada 4 Julai lalu, Chee Wey mendakwa bahawa terdapat timbunan-timbunan sampah di flat sekitar Padang Tembak di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Kebun Bunga di sini.
if (document.currentScript) {