Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid bermula Jan. 2013

Admin

GEORGE TOWN – Istana pada 20 September yang lalu telah memperkenankan bagi mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang bagi tahun 2013- 2015 yang akan bermula pada Januari hingga April 2013 tahun hadapan.

Perkara tersebut diumumkan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim pada sesi penggulungan usul Belanjawan Negeri 2013.

Abdul Malik berkata, pemilihan tersebut akan ditentukan melalui satu mesyuarat agung dan digariskan melalui tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid.

“Satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid telah dirangka oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada awal 2011 bagi melaksanakan pemilihan tersebut.

“Walau bagaimanapun, kita telah menerima arahan daripada pihak istana supaya menangguhkan dan melanjutkan tempoh pemilihan sehingga hujung 2012 kerana hal ini telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak,” ujarnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-12 di sini baru-baru ini.

Tambah Abdul Malik, proses pendaftaran ahli-ahli kariah akan berakhir pada 31 Disember ini.

“Surat edaran bagi pemilihan tersebut akan diedarkan kepada hampir 200 buah masjid-masjid yang terlibat,” ujarnya.

B E B E R A PA p e t u g a s berjalan menerusi pengesan keselamatan yang baru dipasang di pintu masuk dewan perbahasan DUN.
B E B E R A PA p e t u g a s
berjalan menerusi pengesan
keselamatan yang baru
dipasang di pintu masuk dewan
perbahasan DUN.