Pemohon rumah kos rendah diminta kemas kini data sebelum 31 Mac 2012

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

WONG Hon Wai (dua dari kiri) bersama ADUN Jawi, Tan Beng Huat (kiri sekali) dan ADUN Padang Lalang, Michael Tan (kanan sekali) menunjukkan banting kemaskini data perumahan pada sidang media di Komtar baru-baru ini.
WONG Hon Wai (dua dari kiri) bersama ADUN Jawi, Tan Beng Huat (kiri sekali) dan ADUN Padang
Lalang, Michael Tan (kanan sekali) menunjukkan banting kemaskini data perumahan pada sidang
media di Komtar baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Semua pemohon rumah kos rendah (KR) atau kos sederhana rendah (KSR) atau projek perumahan rakyat (PPR) diminta mengemaskini data permohonan masing-masing sebelum 31 Mac 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, Bahagian Perumahan yang beroperasi di Tingkat 3, Komtar hanya akan memproses data-data yang dikemaskini sahaja.

“Usaha kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) sekarang supaya data pemohon kita lebih pendek dan terkini untuk diproses.

“Sekiranya mereka tidak membuat pengemaskinian maka, maklumat mereka akan diasingkan sebagai maklumat yang tidak aktif dan hanya akan diaktifkan semula setelah mereka membuat pengemaskinian, semula,” ujarnya di sini.

Pengemaskinian data boleh dibuat secara online melalui eRumah (http://spt.penang.gog.my/\n _blankhttp://spt.penang.gog.my) atau mengisi borang PN/2 secara manual yang boleh didapati di Bahagian Perumahan sendiri, pejabat ADUN dan pejabat Penyelaras Kadun.

Menurut beliau, kira-kira 84,445 pemohon dikenalpasti tidak mengemaskini data pemohonan masing-masing.

Statistik bagi tahun 2008 hingga 22 Disember 2011 mendedahkan 26,917 permohonan dibuat di Bahagian Perumahan.

Sebanyak 4,936 pemohon berjaya memiliki rumah mampu milik. Manakala, 1,419 pemohon lain menerima tawaran memiliki rumah ketegori “subsale”.

Seramai 2,138 pemohon yang lain masih dalam proses penawaran dan pemohon dalam senarai menunggu sebanyak 17,949.

“Kalau kita dedah semua angka ini, maka tak benarlah Pulau Pinang langsung tidak ada rumah kos rendah dan sederhana rendah seperti yang didakwa mereka (pihak pembangkang).

“Sebenarnya, bangunan (perumahan kos rendah dan sederhana rendah) sedang dibina atau rakyat tidak mendapat maklumat yang banyak mengenai ini (seperti) lebih 11,000 rumah mampu milik dibina (di Pulau Pinang),” ujarnya.