Pemulihan bekalan air capai 90 peratus – Zairil

Admin
005ab614 5f22 4815 b930 0a1555f62dae

SUNGAI DUA – Pemulihan bekalan air di Pulau Pinang sudah mencapai 90 peratus, maklum Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari.

 

891f177d afe0 443d bccc 1a8d3a15ef41

Katanya, baki 10 peratus yang belum mendapat bekalan air adalah melibatkan pengguna di kawasan Bukit Genting dan Balik Pulau.

 

 

“Berdasarkan keadaan semasa proses pemulihan (bekalan air) berjalan seperti yang dirancang yang mana buat masa ini 90 peratus penduduk di Daerah Barat Daya (DBD) sudah menerima bekalan air.

 

 

“Pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangkakan pemulihan di Bukit Genting dan Balik Pulau adalah menjelang esok.

 

 

“Jadi kita juga memantau produksi di semua loji-loji rawatan air yang sedang berjalan dengan lancar dan takungan air juga sedang diisi.

 

 

“Oleh itu, kita berharap agar penduduk di Balik Pulau bersabar sementara pasukan PBAPP memulihkan bekalan air sepenuhnya” ujar Zairil dalam sesi taklimat kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di Loji Rawatan Air Sungai Dua di sini sebentar tadi.

 

 

 

Turut hadir, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri/Setiausaha Akhbar Kepada Ketua Menteri, Yap Lee Ying dan Pengarah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan, Ewe Chee Way.

 

 

Kon Yeow sebelum itu turut dibawa melawat ke lokasi injap 1,200 milimeter yang diganti baru pada 10 Januari lalu.

e59d3e4d 15d4 47fd b13f 2f766606d235


Difahamkan, injap tersebut kini beroperasi dalam keadaan baik dan tiada sebarang kebocoran dikesan.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD