Penaga catat peratusan tertinggi pendaftaran warga emas

 

PENAGA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga mencatatkan rekod peratusan tertinggi iaitu sebanyak 75 peratus pendaftaran Program Penghargaan Warga Emas sehingga April 2011.

Perangkaan tersebut disusuli oleh DUN Paya Terubong sebanyak 74 peratus dan Teluk Bahang (72 peratus).

Pegawai Penyelaras DUN Penaga, Rosidi Hussain berkata, kejayaan tersebut adalah hasil daya usaha semua pihak terutamanya Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) Penaga dan pemimpin masyarakat setempat dalam temepoh setahun lalu.

Sehingga kini, sebanyak 75 peratus warga emas telah berjaya didaftarkan dan hanya kira-kira 600 hingga 700 warga emas sahaja yang belum berdaftar dengan kita.

Dalam pada itu, kita sedang usahakan pendaftaran baru sebagai pengahargaan kepada golongan ini daripada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Rosidi menambah, perangkaan tersebut turut menyangkal dan ‘menutup’ mulut pemimpin pembangkang di negeri ini yang membuat publisiti murahan dengan mengatakan bahawa wang yang disumbangkan adalah daripada sumber haram di sini tahun lalu.