Penang Graffiti Park kembang bakat anak muda

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Hasil kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kelab Rotary Tanjong Bunga, Penang Graffiti Park yang bertujuan membuka peluang kepada anak-anak muda memperkembangkan bakat seni tulisan graffiti berjaya disiapkan di Taman Perbandaran di sini baru-baru ini.

Taman yang juga bertujuan membasmi kegiatan vandalisme adalah membabitkan kawasan seluas 750 kaki persegi dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM150,000.

Pengarah Projek Penang Graffiti Park, Michael Chen menyatakan bahawa, tembok-tembok tersebut didirikan khas untuk bakat-bakat muda mengekspresikan karya masing-masing dengan cara yang lebih baik.

“Sebelum ini, terdapat gejala menconteng tulisan graffiti di tempat awam oleh golongan-golongan berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan dan digari.

Bagi saya, tindakan tersebut bukan suatu kesalahan berat hingga perlu diambil tindakan sedemikian. Lanjutan itu, lalu datang idea untuk membina taman ini,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Penang Graffiti Park di sini baru-baru ini.

penanggrafitiparklaunchingceremony2

SEKUMPULAN anak-anak muda mengekspresikan daya kreativiti masing-masing pada Majlis Pelancaran Penang Graffiti Park disini baru-baru ini.