Pendrive buatan Malaysia di P. Pinang

Admin
KETUA Menteri menunjukkan pendrive buatan tempatan pertama dunia menggunakan intergrasi system on chips oleh PEC sambil ditemani Pua Khein-Seng (kanan) pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri menunjukkan pendrive buatan tempatan pertamadunia menggunakan intergrasi system on chips oleh PEC sambil ditemani Pua Khein-Seng (kanan) pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

BAYAN BARUNekad Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Phison ElectronisCorporation (PEC) (syarikat yang berjaya menghasilkan pemacu pena berintegrasi system on chips (SOC) dunia), Pua Khein-Seng memilih Pulau Pinang untuk perkembangan pelaburannya adalah ekoran kepakaran serta fasiliti bertaraf negara maju yang ditawarkan di negeri ini.

Khein-Seng berkata, Pulau Pinang mempunyai kepakaran, malah fasiliti berteknologi tinggi setaraf negara maju yang lain.

“Justeru, saya melabur di sini untuk menghasilkan pemacu pena (pendrive) buatan tempatan melalui perkongsian pintar bersama syarikat tempatan, Hotayi Electronic (M) Sdn. Bhd. (HESB) dan SilTerra Malaysia,’’ katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Y.A.B. Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif SilTerra Malaysia, Dr. Kamarulzaman Mohamed Zin.

Khein-Seng memberitahu bahawa pemacu pena yang bakal dikeluarkan adalah 100% buatan Malaysia dan beliau berharap agar rakyat Malaysia dapat menyokong penghasilan produk berkenaan.

“Pada peringkat permulaan, pemacu pena tersebut bakal dipasarkan dalam pasaran Asia sebelum dieksport ke Timur Tengah dan Eropah,’’ jelas beliau.

Dalam pada itu, Dr. Kamarulzaman menyatakan bahawa SilTerra bakal terlibat dalam pemasangan struktur nanoscale serta rekabentuk CMOS bagi Intergrated Chips (IC).

Sebelum ini, PEC juga telah melabur USD$2 juta (RM6.28 juta) untuk fasiliti HESB yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah di sini.