Penduduk Pasir Gebu cuba rawatan bekam

SALAH seorang penduduk tempatan yang mendapatkan rawatan berbekam bersempena penganjuran program berbekam di Kampung Pasir Gebu di sini baru-baru ini.
SALAH seorang penduduk tempatan yang mendapatkan rawatan berbekambersempena penganjuran program berbekam di Kampung Pasir  Gebu di sini baru-baru ini.

 

PENAGA – Bagi memartabatkan semula amalan perubatan tradisional, bekam, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga dengan usahasama Dunia Herba HPA mengambil inisiatif menganjurkan program berbekam di Kampung Pasir Gebu di sini baru-baru ini.

Bersempena itu, seramai 30 penduduk tempatan hadir bagi mencuba teknik perubatan yang dipercayai terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti insomnia, hepatitis, anemia, radang jantung, jerawat, migrain dan mampu mengembalikan vitalitas atau stamina seseorang.

Pegawainya, Rosidi Hussain berkata, selain rawatan bekam, turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma termasuk akupuntur, ujian diabetis dan ujian tekanan darah.

Dunia Herba HPA merupakan satu-satunya syarikat bumiputera islam yang memiliki kilang bertaraf ‘Good Manufacturing Practice’ semenjak 1997 dan mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan serta perawatan holistik.