Pengangguran anak muda negara serius – Steven Sim

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

BUKIT MERTAJAMDasar ekonomi Kerajaan Pusat yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja murah khususnya pekerja tidak mahir dan separa mahir dari luar negara menjadi punca meningkatnya pengangguran dalam kalangan anak muda dalam negara.

Selain itu, sistem pendidikan Malaysia juga harus diberi perhatian dan bukan sahaja mampu meningkatkan kuantiti mahasiswa, malah kualiti, tegas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan akhbarnya di sini baru-baru ini.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji semula dasar-dasar ekonomi dan pendidikan yang dilihat menjadi factor penyumbang masa l a h pengangguran dalam kalangan anak muda.

Menurut laporan kajian yang didedahkan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh, seramai 63,909 orang ataupun 31 peratus daripada siswazah tidak mendapat kerja selepas enam bulan tamat pengajian pada tahun 2012. (Rujuk:http://w w w .8tv.com.my/mandarinnews/news -local/3_1371302359.html).

“Data dari Laporan Ekonomi 2011/2012 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan dari Januari sehingga Ogos 2011, seramai 308,371 orang ataupun 90.1 peratus penganggur daripada pencari kerja yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja adalah berumur antara 15 – 29 tahun. (Rujuk:http:// www.treasury. gov.my/pdf/ekonomi/le/1112/ jp6_2.pdf ),’’ jelasnya.

Beliau memberitahu, walaupun kadar pengangguran negara berada di antara tiga hingga empat peratus, kadar pengangguran golongan berumur 15 hingga 24 tahun mencecah 12 peratus dengan kadar pengangguran golongan yang berusia 20 – 24 melebihi 10 peratus pada 2009. (Laporan bersama United Nation dan Unit Perancang Ekonomi Malaysia: The Millennium Development Goals at 2010).

Tambah Chee Keong, laporan-laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa masalah pengangguran yang serius.

“Iaitu, anak muda Negara tidak berupaya memasuki pasaran kerja memandangkan ia (pasaran kerja) merupakan “arace to the bottom” (suatupertandingan ke bawah) yang menunjukkan keadaan di mana tiada persaingan dalam peningkatan gaji, kebajikan pekerja, peluang kenaikan serta peningkatan kemahiran dalam pasaran,’’ nyata beliau.