Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang baharu sedia berkhidmat untuk negeri

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang baharu, Ir. Roslan Ismail di pejabatnya dekat Komtar.

 

Lantikan Roslan yang pada 14 Oktober lalu adalah bagi menggantikan Ir. Shahabuddin Mohd. Muhayidin yang bertukar ke Selangor.

IR. Roslan Ismail.

 

Dalam pertemuan singkat itu, Roslan yang sebelum ini berkhidmat di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Lumpur menzahirkan kesediaan menyumbang khidmat bakti untuk negeri Pulau Pinang.

 

Malah, beliau turut teruja untuk bergandingan dalam pelaksanaan projek pembinaan jajaran jalan yang menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berdekatan Jabatan Laut Wilayah Utama, Gelugor atau lebih dikenali sebagai Pakej 2 dalam tempoh terdekat.

 

Usai pertemuan, Roslan kemudiannya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh Kon Yeow.

 

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD