Penggantungan bendera BN tak patriotik, bahaya orang awam – Ah Teong

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

T A N J U N G TOKONG – Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong baru-baru ini mempersoal tindakan sekumpulan pemuda Pulau Pinang tertentu memasang 100 bendera Barisan Nasional (BN) secara haram dan berbahaya pada lampu-lampu jalan di sekitar Tanjung Tokong di sini.

Tidak cukup dengan i t u , b e l i a u  t u r u t mempersoal wibawa serta patriotisme pihak berkenaan kerana memasang bendera BN lebih tinggi dari Jalur Gemilang dan bendera Pulau Pinang di depan Pasaraya Island Plaza, di sini.

“Selepas bendera-bendera itu dipasang menggunakan kren jentera tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, tiada siapa mahu mengaku bertanggungjawab pula.

“Saya kesal ‘mereka’ tidak mahu bertanggungjawab.

“Kami telahpun membuat laporan polis kerana bendera-bendara ini dipasang pada tiang-tiang lampu yang berketinggian lebih 30 kaki… jika bendera-bendera ini jatuh, akan membahayakan pengguna jalan dan penjalan kaki.

Mereka (BN) mahu kehidupan atau undi daripada rakyat di sini. Mereka cuba angkuh dengan majlis atau angkuh dengan perlembagaan,” ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Ahli Majlis MPPP, D.S. Harvindar Singh.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 23 September lepas, difahamkan, 100 bendera itu dipasang di sepanjang Jalan Gotblieb, Jalan Tanjung Tokong dan Jalan Bagan Jermal di sini pada malam sebelumnya.

Tiada mana-mana pihak, termasuk pemimpin BN Pulau Pinang sehingga kini mengaku bertanggungjawab dengan aksi angkuh menggantung bendera-bendera tersebut.