Penggiat industri emas dan berlian dirai

Admin
AHLI-ahli Federation of Goldsmith and Jewellers Association & Penang Goldsmith mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri pada majlis makan malam tahunan di sini baru-baru ini.
AHLI-ahli Federation of Goldsmith and Jewellers Association & Penang Goldsmith mengabadikan
gambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri pada majlis makan malam tahunan di sini
baru-baru ini.

MERIAH… Majlis Makan Malam Tahunan 35th Federation of Goldsmith and Jewellers Association AGM Banquet & 14th Annivesary of Penang Goldsmith telah diraikan dengan penuh gilang-gemilang dengan penyertaan hampir 500 pengurus besar dan kakitangan persatuan serta pertubuhan berkenaan di sini baru-baru ini.

Umumnya, penganjuran tersebut adalah bagi meraikan kejayaan persatuan serta pertubuhan tersebut yang telah bertapak di Malaysia selama 35 tahun dan Pulau Pinang (14 tahun).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang menjadi tetamu kehormat majlis terbabit berkata, Industri Kecil dan Sederhana (SME) seperti persatuan dan pertubuhan berkenaan membawa impak yang besar kepada sesebuah negeri.

“Melalui kesedaran itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) turut membangunkan pusat SME dengan memperuntukkan RM40 juta dengan harapan ia dapat membela serta memberi motivasi kepada lebih ramai ahli SME tempatan memulakan perniagaan masing-masing di sini,’’ katanya dalam ucapan beliau di sini.pilihan pelancong.