Penghargaan kepada media, semua pihak yang bekerja keras untuk Batu Lancang

Admin
img 20240628 wa0038

GEORGE TOWN – Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah para pengamal media apabila berpeluang menikmati pelbagai jenis durian sempena program makan durian anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong.

Selain pengamal media, turut diraikan dalam majlis tersebut ialah ahli-ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), Ahli Majlis dan kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta kakitangan pejabat ADUN Batu Lancang.

img 20240628 wa0029

img 20240628 wa0027

img 20240628 wa0035

img 20240628 wa0026

img 20240628 wa0028

Bercakap kepada Buletin Mutiara, Ah Teong berkata berkata program tahunan yang dianjurkan itu mampu mewujudkan hubungan silaturahim dan tolenrasi antara wakil rakyat dan pengamal media dan pihak-pihak berkaitan.

“Pihak kami sentiasa menghargai perananan media yang sememangnya yang sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan positif mengenai dasar-dasar kerajaan negeri kepada umum.

“Oleh itu, apabila tiba musim durian, saya akan anjurkan program seumpama ini untuk menghargai peranan para pengamal media, ahli-ahli MPKK, JPWK, kakitangan pusat khidmat Batu Lancang dan tenaga kerja MBPP terutamanya dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

“Kesemua mereka terutamanya ‘Wira Kuning’ MBPP telah bertungkus-lumus untuk memberikan perkhidmatan terbaik khasnya di kawasan Batu Lancang,” katanya ketika ditemui sempena program tersebut dekat Leng Durian Stall, Jalan Anson di sini sebentar tadi.

Pada masa sama, Ah Teon berpendapat bahawa musim durian merupakan kesempatan untuk negeri Pulau Pinang menarik kehadiran lebih ramai pelancong sama ada domestik mahupun antarabangsa.

“Ramai pelancong terutamanya dari China dan Taiwan akan datang ke Pulau Pinang apabila tibanya musim durian untuk menikmati kelazatan rasa raja buah yang terbaik di negeri ini

“Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi peniaga kecil khasnya yang terlibat dengan perusahaan durian,” jelasnya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : SIEW CHIA EN