Penurapan konkrit di Pintasan Pemancar 4 mudahkan 30 keluarga

Admin

SERI DELIMA – Melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid sebanyak RM 30,515, 90meter (m) jalan di Pintasan Pemancar 4 kini diturap baharu.

Menurut Syerleena, melalui tender terbuka yang dijalankan, kos menurap berjaya dikurangkan kepada RM26,555 sahaja.

“Sebelum ini penduduk perlu berdepan dengan keadaan jalan yang berlopak, jadi dengan penurapan konkrit ini ia memudahkan 30 keluarga yang tinggal dan menggunakan Pintasan Pemancar 4 ini.

“Hasil dari tender terbuka ianya ada lebihan jadi lebihan sebanyak RM3,960 itu kita gunakan untuk buat longkang dihadapan beberapa rumah penduduk yang memohon projek berkenaan,” ujar beliau dalam sesi lawatan tapak ke Pintasan Hilir Pemancar 4 pagi ini.

Hadir sama, Penghulu bagi kawasan Bukit Gelugor, Nasrizal Nasib dan Ahli-ahli Jawatankuasa bagi Majlis Pngurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Tun Sardon.

Bercakap kepada pemberita, Nasrizal memaklumkan, projek tersebut siap pada 17 September lalu dengan mengambil masa satu hari.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD