Penurunan ketara kes denggi pada ME29, JKNPP gesa umum ambil langkah cegah pembiakan Aedes

Admin
451620004 879500590875135 5192749868845759274 n

KES demam denggi di Pulau Pinang bagi Minggu Epidemiologi Ke-29 (ME29) mencatatkan penurunan secara mendadak iaitu 19 kes berbanding 81 kes pada Minggu Epidemiologi Ke-28 (ME28)

Dalam infografik yang dimuat naik menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), tiada kematian direkodkan bagi ME29 dengan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 9 kes diikuti Seberang Perai Selatan (SPS, 4 kes) dan masing-masing tiga kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara (SPU). Manakala daerah Barat Daya tiada kes dilaporkan.

Secara kumulatif, wabak denggi direkodkan pada ME29 adalah 287 berbanding 2,852 dengan lima kematian pada minggu sebelumnya.

Tiada kes Chikungunya dilaporkan sehingga ME29, menunjukkan kesan positif di tengah-tengah kebimbangan kesihatan yang berterusan.

Dalam pada itu, JKNPP terus menggesa orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi membanteras pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan dan premis.

Bersama perangi Aedes !!!

451457914 879500747541786 8060641820443072043 n
REKOD pada ME29
451452585 879500697541791 1213274647787750512 n (1)
REKOD pada ME28

451620004 879500590875135 5192749868845759274 n

Oleh : NURUL HAWA FARAHIN HAMEDDY
Gambar: JKNPP