Penutupan jalan Greenlane Heights bagi kerja penebangan pokok

Admin
f70aa05e d952 4f0a 80a6 71288aced387

SERI DELIMA – Jalan di sepanjang Jalan Besi, Seri Delima akan ditutup pada 27 Jun (Khamis) bermula 9 pagi hingga 4 petang bagi kerja-kerja penebangan pokok dekat Greenlane Heights, Seri Delima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil langkah itu setelah menerima aduan orang ramai berkaitan pokok besar yang dikhuatiri akan tumbang.

“Saya khuatir jika dibiarkan, pokok tersebut akan tumbang ketika hujan dan menyebabkan kemalangan kepada ramai pihak.

“Oleh itu, saya telah berhubung dengan MBPP khususnya pengurusan jabatan landskap untuk meninjau dan mengedalikan hal ini,” ujarnya pada sidang media dekat Pusat Khidmat ADUN Seri Delima di sini semalam.

2dc89c79 ce80 42be a0da 5b9c8bf541b8
KEADAAN semasa pokok besar yang semakin condong.

Hooi Peng berkata, MBPP telah bersetuju untuk menebang pokok tersebut dengan menggunakan dua buah kren dan dua skylift.

“Penutupan jalan akan bermula selaras dengan kerja penebangan dan notis penutupan jalan telah diedarkan kepada lebih 100 buah rumah di kawasan Greenlane Heights.

“Saya berterima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana telah banyak membantu dari segi pengedaran notis kepada orang ramai,” tambah beliau.

Oleh: NURUL HAWA FARAHIN HAMEDDY
Gambar: YB CONNIE TAN HOOI PENG