Penyelenggaraan optimum, gunakan peruntukan MARRIS sewajarnya

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang baharu, Ir. Dr. A.G. Balamurugan di pejabatnya dekat Komtar sebentar tadi.

Selain bertukar-tukar pendapat berhubung kerjasama antara jabatan Persekutuan terbabit dengan pihak Kerajaan Negeri, turut dibincangkan adalah beberapa isu berhubung projek infrastruktur di negeri ini yang memerlukan perhatian segera.

Kon Yeow pada kesempatan tersebut melahirkan harapan agar peruntukan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi membiayai kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan jalan di negeri ini dapat digunakan sewajarnya.

“Diharap JKR boleh melihat bagaimana peruntukan MARRIS dapat digunakan sebaik mungkin untuk memastikan jalan raya di Pulau Pinang dapat diselenggara secara optimum,” ujarnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi pada pertemuan berkenaan.

Pertama kali berkhidmat di Pulau Pinang, Balamurugan sebelum ini merupakan Jurutera Awam Penguasa Kanan dekat Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) JKR pusat.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR