Penyumbang 139 pingat SUKMA Sarawak terima RM553,200 SKIMAS

7e6f4965 8c4d 4f05 af5e bfe79ca3887b KETUA Menteri (tengah) menyampaikan cek replika SKIMAS bernilai RM59,050 kepada barisan atlet judo negeri Pulau Pinang iaitu salah satu daripada empat juara keseluruhan sukan sempena SUKMA Sarawak di sini tadi.

BAYAN LEPAS – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyampaikan insentif tunai kepada penyumbang 41 pingat emas, 45 perak dan 53 gangsa sempena Temasya Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 (SUKMA Sarawak) dalam majlis berkaitan di Hotel AC by Marriot Penang di sini pada 19 September 2024.

0b9ad460 4216 4872 8db7 4888edb2fdc4
KETUA Menteri

Semasa berucap, beliau yang juga Exco Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berharap penyampaian insentif tersebut akan terus memberi motivasi dan membakar semangat semua pihak berkenaan untuk memajukan sukan negeri.

“Menerusi Skim Insentif Kecemerlangan Sukan (SKIMAS) Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemenang pingat emas sebelum ini menerima insentif bernilai RM4,000, kini telah ditingkatkan kepada RM6,000.

“Penerima pingat Perak akan mendapat insentif bernilai RM2,500 manakala pingat gangsa, RM1,500.

“Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan atas pencapaian serta pengorbanan oleh anda semua di sini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

29db6be2 1767 40c5 be39 5b94cd4ffbae
DANIEL Gooi Zi Sen

Berucap sebelum itu, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen yang juga ‘Chef De Mission’ Negeri Pulau Pinang turut merakamkan penghargaan kerana temasya pada kali ini menyaksikan atlet negeri berjaya memperbaharui tiga rekod SUKMA serta muncul sebagai juara keseluruhan dalam acara sukan tinju, judo, catur dan gimnastik artistik.

 

5b4d883c afca 4905 acce 0538413c979c
HERRY Chai Heng Hua

Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua pula menzahirkan penghargaan atas kejayaan Kontinjen Pulau Pinang yang berada dalam kedudukan empat terbaik dalam saingan kesemua 15 negeri dalam kejohanan dwitahunan baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi II MSNPP, M. V. Jayanandhan.

Dalam sidang media selepas itu, Kon Yeow memberitahu bahawa penyampaian sumbangan insentif SKIMAS pada malam ini berjumlah RM553,200 kepada atlet, jurulatih dan persatuan sukan yang layak.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : SIEW CHIA EN