Peraduan Buletin Mutiara platform anak muda berkarya, wajar diteruskan

Admin
img 20250121 wa0021

GEORGE TOWN – Peraduan mewarna dan melukis poster yang dianjurkan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Buletin Mutiara) sejak tahun 2013 menjadi platform bagi anak muda berkreativiti serta menonjolkan bakat masing-masing.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), R. Hari Krishnan berkata demikian kepada Buletin Mutiara ketika ditemui selepas sesi penjurian Peraduan Melukis da Mewarna Sesi 4/2024 dekat Komtar di sini sebentar tadi.

Selain Soon Aun, peraduan kali ini terut dinilai oleh seorang lagi Ahli Majlis MBPP, Chan Soon Aun dan Ketua Penolong Pengarah Plan Malaysia Pulau Pinang, Mohd. Rozaimi Abdul Rahim.

img 20250121 wa0033img 20250121 wa0026img 20250121 wa0023img 20250121 wa0016img 20250121 wa0017img 20250121 wa0018

“Kalau dilihat kepada hasil karya para peserta, kita dapat lihat kemahiran yang mereka tonjolkan melalui peraduan ini.

“Jadi saya berpendapat peraduan ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang agar lebih ramai anak muda berpeluang menonjolkan bakat masing-masing,”katanya.

Pada masa sama, Hari Krishnan mencadangkan supaya hasil karya yang dinobatkan sebagai pemenang bagi setiap edisi dikumpul dan dipamerkan di ruangan yang sesuai.

“Elok juga sekiranya lukisan-lukisan ini dijual kepada sesiapa yang berminat dan hasil jualan boleh disalurkan kepada kanak-kanak yang memerlukan di negeri ini.

“Terima kasih kepada Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas peluang yang diberikan kepada saya dalam sesi penjurian kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, Soon Aun dengan nada berkata kreativiti yang ditonjolkan oleh para peserta adalah luar biasa dan menggambarkan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Hasil karya mereka sangat menggambar kan Visi Penang2030 dan ini menunjukkan bahawa anak muda memahami dasar-dasar dan perancangan yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

“Selain itu, setiap lukisan juga menonjolkan elemen perpaduan dan ini penting untuk sebuah negeri yang berbilang bangsa dan etnik seperti Pulau Pinang

“Kalau bileh saya cadangkan supaya Buletin Mutiara turut turut menganjurkan peraduan menulis esei sebagai platform untuk anak muda menyalurkan suara hati termasuk cadangan dan kritikan,” cadang beliau sambil menyatakan rasa teruja kerana diberi peluang menjurikan peraduan pada kali ini.

Sementara itu, Mohd. Rozaimi menyatakan rasa berbesar hati kerana diberi peluang menyumbang kepada Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi penjurian peraduan edisi kali ini.

Beliau berkata, pemilihan pemenang kali ini ditentukan berdasarkan kreativiti serta memenuhi tema yang ditetapkan.

“Setelah membuat penilaian, agak sukar untuk kita memilih kerana banyak karya yang kreatif dan menarik ditonjolkan oleh para peserta tetapi akhirnya kita berjaya memuktamadkan senarai pemenang bagi setiap kategori,” katanya.

Mohd. Rozaimi mencadangkan supaya peraduan turut memberi peluang kepada pelajar pada peringkat institusi penganjian tinggi bagi menonjolkaan idea masing-masing khususnya berkaitan perancangan bandar.

“Plan Malaysia juga menganjurkan peraduan seumpama ini tetapi lebih memfokuskan kelada isu perancangan bandar yang mana kami memfokus kepada penggunaan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI),” katanya sambil mencadangkan ruang kolaborasi di antara kedua-dua pihak

Bagi edisi kali ini, barisan juri memilih Ooi Li Wen dari Bayan Lepas sebagai johan bagi pertandingan melukis poster manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing milik Gracelyn Loh Yee Thing dan Chew Wan Yii.

Johan bagi kategori mewarna bakat si cilik pula dinobatkan kepada Nurul Jasmine Soraya Mohd. Syafizal, manakala Cheryl Tan Yi Tong serta Wee Gim Yee masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kemenangan tersebut melayakkan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700 (johan), RM500 (tempat ke-2) dan RM300 (tempat ke-3) manakala lima pemenang saguhati menerima wang tunai RM50.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : NUR BATRISYIA IDRUS