Peraduan foto video dan mewarna telah dimuktamad, hanya pemenang akan dihubungi

GEORGE TOWN – Para pemenang bagi  Pertandingan Fotografi atau Video Jom Raya Bersama: Juadah Harmoni Penang yang berlangsung dari April hingga Jun lepas telah dimuktamadkan oleh juri hari ini.

 

 

Selain itu, pemenang bagi Bakat Si Cilik Mewarna juga telah dipilih oleh panel juri profesional yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan; Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Siti Sakiinah Mohd. Sharif dan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism (PGT), Ooi Chok Yan.

 

 

Pertandingan fotografi atau video pada kali ini mewarkan hadiah RM800 bagi johan, RM600 (naib johan) dan RM400 (ketiga).

 

 

Manakala bagi Bakat Si Cilik Mewarna pula menawarkan RM600 untuk tempat pertama, kedua (RM400) dan ketiga (RM400) beserta lima saguhati (RM100).

 

 

Para pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Buletin Mutiara dalam masa terdekat.

 

Bagi Kumaresan, menilai karya seni seperti ditonjolkan pada hari ini merupakan kerja sukar baginya kerana bakat dan kreativiti yang ditunjukkan begitu menarik.

 

 

“Saya percaya kanak-kanak ini berbakat besar, saya terpaksa ambil masa yang panjang untuk pilih dan peserta letakkan usaha yang tinggi untuk pertandingan ini.

 

 

“Untuk itu saya cadangkan Kerajaan Negeri boleh perbanyakkan lagi pertandingan seperti ini atau boleh jemput pemenang ini ke program-program Kerajaan Negeri mahupun ADUN,” ujar beliau kepada Buletin Mutiara sejurus memilih pemenang di sini hari ini.

 

Siti Sakiinah dalam pada itu juga menzahirkan rasa kagum dengan hasil kreativiti kanak-kanak mewarna setanding orang dewasa.

 

 

“Cadangan saya mungkin boleh diadakan sudut mural khas untuk mereka luahkan bakat, bukan setakat yang menang tetapi ketengahkan mereka melalui promosi menang mengikut kesesuaian program,” jelasnya.

 

Chok Yan pula melihat para peserta telah melakukan usaha yang baik, setanfing dengan nilai hadiah ditawarkan.

 

 

“Selain makanan jalanan, Pulau Pinang boleh ketengahkan seni jalanan, dengan hasil yang dihasilkan kita (Pulau Pinang) tidak ketandusan bakat muda dalam bidang seni dan ini merupakan platform bagi mereka,” ulas Chok Yan.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD