Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang; terus memacu pembaharuan ekonomi Pulau Pinang

Admin
9. bayan baru 2024

PULAU PINANG telah menyaksikan transformasi luar biasa selama ini, dan pada teras evolusi ini berdirinya Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Ditubuhkan pada tahun 1969, PDC tercetus daripada visi untuk melonjakkan Pulau Pinang sebagai penjana ekonomi. Sepanjang dekad-dekad, PDC bukan sahaja telah memenuhi mandat awalnya, malah juga telah berkembang menjadi sebuah kuasa dinamik yang memacu pertumbuhan sosio-ekonomi Pulau Pinang.

 

Kini, memasuki tahun ke-55, peranan PDC tidak pernah terhenti dalam menyerlahkan misi penubuhannya dengan menyelaras serta menyeragamkan usaha untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan selaras dengan aspirasi negeri ini.

 

Kepelbagaian Peranan Evolusi

Sejak penubuhannya, peranan PDC terus berkembang dan berevolusi sejajar dengan kepesatan pembangunan ekonomi negeri. Daripada penumpuan asas kepada penarikan pelaburan asing dan pembangunan kawasan perindustrian pada peringkat awal, PDC kini telah memperluaskan keupayaannya kepada perancangan bandar, pembangunan perbandaran serta pelaksanaan inisiatif pembangunan mampan.

 

Pada tahun 1972, PDC telahpun mempelopori pembangunan perindustrian negara dengan kejayaan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas pertama negara di Bayan Lepas. Kini, kecemerlangan PDC terus terserlah dengan pembangunan sebelas taman perindustrian yang juga memupuk persekitaran teguh untuk perniagaan setempat serta antarabangsa. Pencapaian ini membuktikan kemantapan berterusan PDC dalam menyediakan infrastruktur penting untuk perindustrian dan kewujudan peluang pekerjaan yang bertujuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

 

11. fiz bayan lepas 2024
ZON Perindustrian Bebas pertama negara di Bayan Lepas.

 

Menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik dan penciptaan persekitaran kondusif untuk pembangunan perindustrian, PDC beperanan penting dalam mengukuhkan status Pulau Pinang sebagai ‘Lembah Silikon Timur’. Usaha berterusan ini menarik para pelabur berteknologi tinggi dari seluruh dunia, menggalakkan penglibatan pihak berkepentingan dalam ekosistem perindustrian, serta menjana peluang pekerjaan untuk bakat tempatan.

 

Menjelang tahun 2022, Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Nagara Kasar (KDNK) sebanyak 13.1%, iaitu mengatasi kadar pertumbuhan negara dan menjadikannya antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. Serentak itu, kadar pengangguran di Pulau Pinang juga berkurangan daripada 14.5% pada tahun 1969 (berbanding peratusan kebangsaan, 7.3%) kepada 2.3% pada akhir tahun 2022, yang mana ia juga mengatasi kadar pengangguran negara berjumlah 3.6%.

12. bandar cassia 4
BANDAR Cassia merupkan kawasan perbandaran ketiga yang dibangunkan oleh PDC.

Selain bertindak sebagai penggerak utama dalam membangunkan sektor perindustrian negeri, PDC juga merupakan pemaju dalam transformasi perbandaran. Bermula dengan pembangunan perintis Bandar Bayan Baru pada tahun 1975 dan Bandar Seberang Jaya pada tahun 1976, PDC mempamerkan komitmennya untuk perancangan bandar secara menyeluruh. Antaranya, projek-projek berterusan di Bandar Cassia (Batu Kawan) bermula sejak 1990-an sebagai eko-bandar raya pintar yang menggabungkan komponen-komponen kediaman, komersial dan rekreasi secara harmoni. Pencapaian ini membuktikan keupayaan PDC dalam mewujudkan perbandaran dinamik yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan.

 

 

Keupayaan untuk merangka strategi, merancang, membangun dan penyampaian

Salah satu kekuatan teras PDC adalah terletak pada kepakarannya dalam merangka pelan strategik yang selari dengan landskap ekonomi yang dinamik. Penerapan ketercapaian misi PDC menunjukkan keupayaannya untuk menyelaraskan strategi berlandaskan trend global dan keperluan tempatan.

 

Kehebatan strategik berkaitan dilengkapi dengan pelaksanaan ketercapaian yang cekap. PDC memiliki rekod prestasi dalam menjadikan sebuah impian sebagai realiti, dan ia telah dibuktikan dengan pembangunan infrastruktur bertaraf dunia sebagaimana di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas serta penubuhan persekitaran mesra perniagaan dan inovasi di bandar eko pintar iaitu Bandar Cassia.

 

1. komtar model for public viewing
PEMBANGUNAN Komtar suatu masa dulu.

 

Umumnya, peranan dimainkan oleh PDC telah melangkaui sasaran awalnya dan merangkumi penyelenggaraan projek dan pembangunan lestari. Berlandaskan pasukan profesional yang berdedikasi, PDC kini terlibat dalam perancangan awal projek, mengenal pasti peluang berpotensi dan menyelia proses perancangan serta pembangunan. Komitmen berterusan PDC meliputi penyelenggaraan serta pembaharuan aset yang sedia ada, seperti bangunan Komtar dan GBS.

 

Cabaran dan Pencapaian

Perjalanan PDC berjaya memahatkan pelbagai pencapaian, namun, ia tidak kurang juga dengan cabaran yang dihadapi. Ketidakpastian ekonomi, ketidakstabilan pasaran, keperluan untuk penyesuaian secara berterusan serta impak pandemik COVID-19 telah mewujudkan ujian yang begitu menggerunkan. Walau bagaimanapun, PDC telah berjaya menunjukkan daya tahan dan inovasi yang terpuji dalam mengharungi cabaran-cabaran tersebut.

 

Dedikasi PDC terhadap pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan diserlahkan melalui inisiatif seperti penubuhan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) pada tahun 1989 yang bertujuan memupuk tenaga kerja mahir yang sepadan dengan keperluan industri.

 

Mengutamakan penjanaan peluang pekerjaan, Ketua Pegawai Eksekutif PDC kini, Dato’ Aziz Bakar menekankan fokus PDC terhadap intensiti teknologi. Pendekatan tersebut bertujuan menyediakan pekerjaan kepada pekerja mahir berpendapatan tinggi dan bukan lagi amalan intensif buruh tradisional.

 

“Walaupun negara-negara jiran kita mungkin memiliki kelebihan dalam faktor daya saing kos, ekosistem Pulau Pinang yang berdaya tahan dan rantaian bekalan yang teguh adalah faktor penting untuk Pulau Pinang terus menarik pelabur berkualiti tinggi ke sini,” kata Dato’ Aziz Bakar.

 

Sesungguhnya, kesemua pencapaian ini bukan hanya catatan perjalanan berpuluh-puluh tahun PDC, sebaliknya ia juga merupakan cahaya yang membawa sebarang kemungkinan baharu yang wajar diterokai. Dengan komitmen terhadap pencapaian kecemerlangan bertaraf dunia dan visi penubuhan, PDC bersedia untuk menerajui dan meneroka pendekatan baharu bagi Pulau Pinang.

 

Antara projek pembangunan oleh PDC :

7. flyover in bayan lepas   2. bayan baru flat

5. psdc building    4. sunshine square 1995