BATU MAUNG – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bersama-sama Kelab PR1MA menyerahkan 20 ekor lembu korban untuk diagihkan di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung dan kariah-kariah terpilih.
Penyerah dilakukan oleh Ketua Bahagian Pembangunan PR1MA, Zulkarnain Zainuddin kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid dekat Pusat Khidmat KADUN Batu Maung di sini sebentar tadi.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada PR1MA yang sanggup menyumbang 20 ekor lembu untuk sambutan hari raya Aidiladha pada 17 Jun ini.
“Semua lembu ini akan diagihkan kepada lima masjid dan 10 buah surau dalam KADUN Batu Maung.
“Tiga ekor lagi akan dikorbankan di KADUN Sungai Bakap iaitu satu di Masjid Jamiul Badawi dan satu lagi untuk Masjid Permatang Sungai Dua,” ujar Mohamad yang juga ADUN Batu Maung kepada Buletin Mutiara.
Zulkarnain dalam pada itu berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu memeriahlan lagi sambutan Aidiladha bagi umat Islam di KADUN Batu Maung dan kariah-kariah masjid yang menerima agihan tersebut.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD