Perhebat usaha gembleng penyertaan komuniti dan rakyat demi pembangunan seimbang

Admin
4307c46c b138 40da bfcb 7b48926496a2

BUKIT TENGAH – Usaha-usaha untuk menggembleng penyertaan komuniti dan rakyat akan diperhebatkan lagi bagi menyokong inisiatif pembangunan yang seimbang selaras dengan gagasan Visi Penang2030.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata demikian semasa menyempurnakan Festival Kebun Sireh X Penang2030 anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Persatuan Muay Thai Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

76460b24 cf81 4f58 9a93 95ff96b8e27fMengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa contohnya pada penganjuran pada hari ini, ia memfokuskan kepada sukan Muay Thai yang merupakan salah satu daripada seni mempertahankan diri atau sukan tempur yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

88645da9 38d4 4496 a36b fa9a74981470
“Menerusi platform ini, saya difahamkan bahawa ia telah menampilkan sebanyak 28 pasangan yang akan bertempur membabitkan komuniti lokal dan secara tidak langsung, semua pihak terlibat termasuk golongan ibu bapa dan ahli keluarga akan hadir memberikan sokongan kepada anak ataupun kenalan masing-masing.

2a2feb8f 16bc 4a73 9a46 2948454f0428
“Berkumpulnya kita dalam program pada hari ini merupakan manifestasi bahawa rakyat Pulau Pinang adalah sebuah komuniti aktif melibatkan diri dalam aktiviti bermasyarakat serta aktiviti-aktiviti sihat sebagai salah satu usaha memperkasakan komuniti melalui penyertaan awam yang merupakan inisiatif berterusan oleh Kerajaan Negeri.

“Dalam pada itu juga, serampang dua mata, selain daripada mengangkat sukan Muay Thai, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di sini juga merupakan bukti bahawa sambutan perayaan, adat, sukan dan aktiviti komuniti yang mampu diraikan secara muhibah,” jelasnya pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao-Leung; Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri, Mohd. Balkish Othman; Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan / Padang Kota, Ewe Chee Way; Presiden Persatuan Muay Thai Pulau Pinang, Hilmie Ibrahim; dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kebun Sireh, Abdul Halim Ahmad.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut berharap agar Pulau Pinang berupaya menjadi negeri maju dan dihuni rakyat jelata selari Visi Penang2030.

“Visi Penang2030 merupakan satu wawasan untuk membangunkan negeri Pulau Pinang dalam tempoh saya memegang pemerintahan dan membawa pembangunan pelbagai industri, sosial serta pembangunan seimbang yang membawa manfaat dan menaikkan taraf kehidupan rakyat jelata secara keseluruhan.

“(Dan) adalah diharapkan dengan berbaki masa yang masih ada, kita dapat memperhebatkan lagi usaha utk menggembleng penyertaan komuniti dan rakyat bagi menyokong inisiatif pembangunan seimbang.

“Terima kasih diucapkan kepada jentera Kerajaan Negeri dan setiap daerah termasuk MPKK serta badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri yang telah bekerjasama demi mencapai matlamat ditetapkan.

“Ditambah dengan lebih banyak kelulusan projek-projek dan pelaburan asing yang dibawa ke Pulau Pinang, saya pasti objektif serta matlamat yang ditetapkan juga dapat dicapai menjelang tempoh 2030 kelak,” ulasnya lanjut.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : ALISSALA THIAN

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT