Agensi perlu tingkat kesedaran hal ehwal kebajikan wanita

Admin

BAYAN LEPAS – Isteri Ketua Menteri yang juga Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara, Tan Lean Kee menyatakan setiap hari adalah ‘hari ibu’ walaupun sambutan umumnya adalah pada 10 Mei.

 

 

Katanya, jasa ibu harus diingati setiap hari bukan sahaja pada hari sambutannya sahaja.

 

 

“Ia (Hari Ibu) tidak terhad kepada setahun sekali, saya peraya mana-mana agama sekalipun mengajar kita untuk menghormati ibu dan bap akita tanpa mengabaikan mereka.

 

 

“Ibu merupakan seorang insan yang sedaya upaya berpenat lelah sejak kita dilahirkan sehingga kita membesar dan mampu menguruskan kehidupan sendiri, jadi tidak hairanlah ada pepatah mengatakan tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia,” ujar beliau pada Majlis Minum Petang Madani Bersama-sama Wanita Golongan B40 Barat Daya dekat sebuah hotel di Teluk Kumbar 3 Jun lalu.

 

Lean Kee dalam pada itu turu merakamkan penghargaan kepada The Learning Kingdom Education yang menaja kelas menghias kek dan zumba kanak-kanak.

 

 

Tidak ketinggalan, Malaysia Natural Healing Association yang turut terlibat menaja dan menjayakan Majlis Minum Petang Madani Bersama-sama Wanita Golongan B40 Barat Daya  tersebut.

 

 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong selaku tuan rumah, Mohd. Tuah Ismail.

 

 

 

Mohd. Tuah dalam pada itu memberitahu, program tersebut merupakan satu usaha menjalinkan hubungan rapat antara golongan sasar bersama Pertubuhan Wanita Mutiara dalam suasana keluarga besar.

 

 

“Saya berharap keselesaan dan kebajikan keselesaan ini membawa mesej kepada agensi kerajaan dan berharap semua agensi lain dapat bekerjasama meningkatan kesedaran menjaga hal ehwal kebajikan wanita di negeri ini.,” katanya.

 

 

Pada program terbabit, pelabagai aktiviti diadakan seperti kelas mekap, membuat kek hiasan, zumba kanak-kanak dan sumbangan barangan keperluan.

 

 

Text dan Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI