Permohonan APC Parlimen Batu Kawan dan KADUN Padang Kota sesi 2023 kini dibuka

Admin
c3fbfe49 e064 44fb 8b4f fc7544ada0dd

GEORGE TOWN – Permohonan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) bagi Parlimen Batu Kawan dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota telah dibuka.

Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan dan Padang Kota, Ewe Chee Way berkata ibu bapa pemohon mestilah merupakan penduduk kawasan tersebut.

ebe59448 e219 4d27 a124 99bccb6cddf5
EWE Chee Way semasa sesi sidang media sebentar tadi.

Bercakap kepada pemberita, Chee Way turut memaklumkan bahawa pemohon perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori.

“Pemohon perlu mengemukakan sijil kelahiran berserta sijil keputusan peperiksaan yang terkini kemudian mengisi borang permohonan yang tersedia di kedua-dua pusat khidmat.

“(Dan) setelah lengkap pemohon boleh hantar semula ke pusat khidmat untuk dibuat semakan,” ujarnya semasa sesi sidang media dekat sini sebentar tadi.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee dan Pengerusi Penang Forward Sports Club, Lim Choo Hooi.

007959a2 59e4 4e03 aff0 dd65bb790773 4e259f32 eba4 4cdb a2ce 55b8d4934ab8

ebfac9f2 4756 41dc ad33 fb7b4a23eaef
BUTIRAN mengenai borang permohonan bagi KADUN Padang Kota berserta kod QR untuk diimbas.

Mengulas lanjut, Chee Way turut menyatakan bahawa pemohon perlu mengikut tarikh tutup yang ditetapkan.

“Permohonan telah dibuka hari ini dan akan ditutup pada 30 Ogos 2024, tepat jam 5 petang.

“Justeru, adalah diharapkan pemohon dapat mengikut garis masa dan syarat yang diberikan bagi memudahkan urusan kedua-dua belah pihak,” tambahnya.

99990faf 909b 4dbf a935 81806acb3112

1b7a967b a5e9 4c8a 9202 211d976a1b14
BUTIRAN mengenai borang permohonan bagi Parlimen Batu Kawan berserta kod QR untuk diimbas.

Buletin Mutiara difahamkan, penerima APC sesi 2023 bakal menerima insentif khas (mengikut kategori) seperti wang tunai, sijil kepujian serta pingat kecemerlangan.

Oleh : RIADZ AKMAL
Gambar : ALISSALA THIAN