PADANG KOTA – Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP, Ahmad Azrizal Tahir memaklumkan permohonan untuk lesen Gerai Sementara Bermusim (Pasar Ramadan) berkelompok dan individu kini dibuka hingga 10 April 2020.
Borang permohonan boleh diperolehi dari laman sesawang majlis, www.mbpp.gov.my atau di kaunter Bahagian Pelesenan, Jalan Padang Kota Lama 10200 Pulau Pinang.
“Cuma bagi tahun 2020, tiada aktiviti pasar Ramadan (kelompok/individu) yang dibenarkan di sepanjang Jalan Utama iaitu berhadapan Hospital besar Pulau Pinang berikutan frekuensi aduan yang tinggi dan lokasi tidak bersesuaian.
“Para peniaga juga telah dimaklumkan pada musim Ramadan tahun 2019 supaya persediaan awal dapat dibuat.
“Kita tidak mahu ada pihak yang gunakan perkara ini sebagai kesempatan untuk timbulkan isu perkauman, keagamaan dan sebagainya kerana kita telah maklumkan awal lagi tentang perkara ini,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di Dewan Bandaraya pagi ini.
TambahAzrizal, bagi tahun 2019 pihak majlis meluluskan 22 lokasi bazar dan memohon kepada penganjur mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan MBPP.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD