Permohonan rumah, OKU diberi keutamaan

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

DATUK KERAMAT – Orang kurang upaya (OKU) dari Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang yang boleh berdikari akan diberikan keutamaan oleh Kerajaan Negeri jika memohon rumah kos rendah (KR) atau kos sederhana rendah (KSR).

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah R M15 , 000 disini , disumbangkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang.

“Jika ada individu dari kediaman ini (Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang) mampu berdikari dan berhasrat untuk memohon rumah kos rendah atau kos sederhana rendah, saya ingin mengumumkan pada hari ini bahawa keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berkenaan,” ujarnya sebagai respons pada hasrat pentabdir rumah perlindungan berkenaan.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat turut merakamkan penghargaan atas inisiatif Pengerusi REHDA Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan mengadakan program CSR di rumah perlindungan itu, yang masuk tahun ketiga berturut-turut.

Pertandingan mewarna, pameran kraftangan serta jamuan antara upacara menarik pada keraian kali ini.

Difahamkan, lebih 50 OKU pelbagai kategori menginap di Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang.