GEORGE TOWN – Permohonan Penyewaan Gerai di Pasar/Kompleks Makanan/Tapak Penjaja milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan dibuka bermula 15 Jun (esok) hingga 23 Jun ini.
Menurut Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang, bagi sesi kali ini, bilangan lokasi yang dibuka adalah 23 lokasi dengan jumlah kekosongan sebanyak 126 gerai.
“Permohonan boleh dibuat di ulesen.mbpp.gov.my, untuk pemohon yang mempunyai masalah untuk berdaftar secara dalam talian, pemohon boleh walk-in atau menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 04-2638818 ext 307/308/309/310.
“Pemohon juga dinasihatkan membuat persediaan empat perkara iaitu talian internet yang stabil, lokasi yang tenang tanpa gangguan, etika berpakaian yang kemas dan tidak boleh membuka serta tepati waktu untuk elek kelewatan, masuk 10 minit lebih awal,” ujar Soon Siang dalam satu sidang media di Jabatan Pelesenan MBPP dekat Padang Kota di sini pagi tadi.
Bagi temuduga Mei lalu, MBPP menerima 273 permohonan, daripada jumlah tersebut 65 permohonan (24 peratus) berjaya, 54 pemohon (20 peratus) tidak hadir dan 154 pemohon (56 peratus) tidak berjaya.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : NUR SHAKIRAH MOHD BASRI