Permukaan Pantai Esen kembali pulih, PICSB giat laksana pemantauan

a05caca0 7e14 4e37 9d41 d04f2d6ff62b

BATU MAUNG – Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PICSB) telah mengambil maklum mengenai kebimbangan komuniti setempat berkenaan kewujudan mendapan selut hitam di Pantai Esen di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (PICSB), Dato’ Seri Farizan Darus, pembersihan secara manual telah dilaksanakan pada Sabtu lalu membabitkan kerja-kerja pembersihan permukaan pantai.

“Sebagai jiran korporat yang bertanggungjawab dan ingin memelihara kawasan pelancongan ini, PIC (melalui pemaju projek) telah menggerakkan seramai 10 orang pekerja pada Sabtu lepas bagi membantu kerja-kerja pembersihan mendapan selut.

“Saya turut difahamkan pembersihan secara manual tersebut telah bermula seawal jam 9 pagi dan mengambil tempoh selama lebih lima jam ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Susulan kerja pembersihan yang dilakukan, pasukan tersebut berjaya mengumpul kira-kira 20 beg mengandungi selut,” ujarnya.

img 0226
DATO’ Seri Farizan Darus.

Mengulas lanjut, Farizan turut menyatakan bahawa siasatan lanjut bakal dijalankan bagi mengenal pasti punca utama yang menyebabkan enomena berkaitan berlaku.

“Walaupun pembersihan ini merupakan langkah mitigasi awal, PIC juga turut menjalinkan kerjasama rapat dengan pakar alam sekitar bagi menjalankan siasatan menyeluruh untuk memahami punca kejadian fenomena ini.

“(Dan) hasil siasatan yang akan diperoleh nanti akan digunakan bagi merangka penyelesaian jangka panjang untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi pada masa hadapan.

“Selepas pembersihan ini, pihak kami akan terus memantau tapak tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian mendapan selut berulang,” jelasnya lagi.

aa387073 9830 45dd a48f afbb52f86b28 74117ee9 a0ae 4ede aca0 f74173c1de23 df4a0a98 58ec 4a48 a6d0 fdcf0943255a
Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR