Perpaduan sasar menang 30 kerusi dan ke atas, kata Kon Yeow

Admin

JAWI – Berbaki tiga hari berkempen hari membuang undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada 12 Ogos ini, Jentera Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berharap akan terus menjana sokongan rakyat khusus di ‘kerusi marginal’.

Calon N.26 Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota, Tuan Chow Kon Yeow berkata pihaknya menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 30 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi membentuk sebuah Kerajaan Negeri yang stabil dan kukuh.

“Kita perlu memastikan Kerajaan Negeri yang kita bentuk selepas 12 Ogos ini adalah kerajaan yang mantap, stabil dan kukuh.

“Jadi, sasaran kita adalah untuk menang 30 kerusi dan ke atas,” jelasnya yang juga Pengerusi PH Negeri, semasa pada 8 Ogos 2023.

Di samping itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata, Kerajaan Negeri yang akan dibentuk pasca PRN ini mesti melakukan lebih banyak perubahan lagi sesuai dengan ekspektasi rakyat.

“Kita memandang berat PRN ini, walaupun kita sudah menjadi Kerajaan Negeri selama tiga penggal, setiap pilihan raya adalah pilihan raya yang baharu,” jelasnya.

Beliau turut menyeru penduduk lokal supaya memberi undi sokongan kepada calon Perpaduan N. 20 DUN Sungai Bakap, Nurhidayah Che Ros.

Selain Nurhidayah, turut berucap Goh Choon Aik (calon DUN Bukit Tambun) dan Ong Jing Cheng (Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai, MBSP).