Persatuan Alumni USM intai ruang kerjasama dengan Kerajaan Negeri

Admin

GEORGE TOWN – Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat pejabat beliau, sebentar tadi.

Kunjungan diketuai Tuan Mohd. Aziz Ismaon turut menyentuh mengenai ruang kerjasama yang boleh dijalin antara pihak persatuan dan Kerajaan Negeri dalam membantu mempertingkatkan ekonomi negeri ini.

Pelbagai isu dibincangkan khususnya melibatkan ruang kerjasama antara persatuan dan Kerajaan Negeri dalam pertemuan selama satu jam.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan selama kira-kira satu jam itu adalah untuk melihat bagaimana pihak persatuan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam beberapa aspek termasuk penghasilan tenaga mahir, latihan dan teknikal, transformasi digital pembangunan industri serta banyak lagi.

Dalam pada itu, Kon Yeow memberitahu bahawa isu utama di Pulau Pinang kini adalah berkaitan kekurangan tenaga mahir yang amat diperlukan dalam mengahadapi cabaran Industri 4.0.

“Cabaran kita (Kerajaan Negeri) adalah bagaimana kita mahu menyesuaikan Pulau Pinang dengan perubahan global khususnya dalam era teknologi sedang bergerak pantas yang memerlukan lebih ramai tenaga mahir,” ujarnya yang juga alumni USM.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ALISSALA THIAN