Pertandingan Badminton PBA terima penyertaan antarabangsa

Admin
1f1f79b1 ea6b 4f1c 93ff 07f328ede04f

BATU LANCANG – Exco Belia & Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berharap Pertandingan Badminton anjuran Persatuan Badminton Pulau Pinang (PBA) mampu menjadi medan terbaik dalam mencungkil bakat muda negeri.

Katanya, penganjuran untuk kategori remaja dan kanak-kanak itu dilihat lebih mencabar dengan penyertaan 700 orang pemain dari dalam dan luar negara.

“Kejohanan seperti ini diharap dapat mencungkil bakat untuk masa depan negeri mahupun negara, seperti kita ketahui bahawa Pulau Pinang antara ‘kuasa’ badminton di Malaysia.

“Kali ini kita juga mengalu-alukan kedatangan pemain-pemain badminton dari luar negara seperti Amerika Syarikat, China, Taiwan, Singapura dan tidak ketinggalan penyertaan negeri-negeri lain.

“Badminton sebenarnya mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia, kerana ia juga mempromosikan perpaduan.

 

“Selain itu sukan ini menuntut ketangkasan, kecergasan dan kekuatan mental,” ujar Zi Sen pada Majlis Perasmian Pertandingan Badminton PBA 2024 di Dewan Badminton PBA, Bukit Dumbar di sini pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PBA, Datuk Harry Goh; Setiausaha PBA, Leong Kin Wey dan Pengasas CPS Badminton Academy yang juga bekas pemenang pingat perak Olimpik 2016, Chan Peng Soon.

dee49b7e 20ae 4370 9bf8 7f47143b1b47

Dalam perkembangan lain, Zi Sen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang menasihatkan orang ramai untuk mengehadkan aktiviti luar akibat jerebu.

“Menurut sumber Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan indeks pencemaran udara di stesen Seberang Perai pagi ini sudah mencapai 92 yang mana ia sudah menghampiri paras tidak sihat.

 

“Manakala bacaan di stesen Minden (Gelugor) 77 dan Balik Pulau 76. Kalau tiada keperluan elakkan berada di luar, banyakkan minum air dan pakai pelitup muka sekiranya perlu,” katanya lagi.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD