Pertanian bandar bantu kawal kos sara hidup

BANTU KAWAL KOS SARA HIDUP… Pertanian bandar antara langkah terbaik mengawal kos sara hidup yang kian meningkat dewasa ini.

 

 

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, melalui pertanian bandar, keselamatan dan kebersihan tanaman sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran adalah lebih terjamin kerana terhasil secara organik tanpa menggunakan bahan kimia.

 

 

“Sekiranya dijalankan secara konsisten ia mampu memberikan impak kepada komuniti dan keluarga itu sendiri dari segi perbelanjaan keperluan harian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya pada majlis perasmian Kursus Pertanian Bandar yang berlangsung di Bangunan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Jalan Masjid Negeri pada 15 Januari lalu.

 

Hadir sama, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader.

 

 

Kursus tersebut dianjurkan oleh CAP, khas kepada warga Permatang Pauh bagi mempelajari penanaman sayur-sayuran seperti terung, cili, sawi, kangkung, kalian, bayam, daun pudina, pegaga, kesum, selom dan pelbagai lagi.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHLI PARLIMEN