Pesakit lutut terima sumbangan kerusi roda

seberangjaya
ABDUL Jalil Che Ros (kanan sekali) bersama Omar Qayyum (kiri) bergambar di samping Hassan Halus di kediamannya di sini.

 

PRIHATIN… Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Nasib seorang warga emas, Hassan Halus, 70-an, yang mengalami sakit lutut sehingga menyebabkannya tidak mampu berjalan memperoleh perhatian daripada Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Pegawainya, Abdul Jalil Che Ros bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Sembilang, Omar Qayyum yang mengadakan lawatan khas mengambil kesempatan tersebut menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan Hassan.

Katanya, Hassan pernah mengalami sakit lutut dan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Namun kini, kondisinya semakin meruncing apabila dia tidak lagi mampu untuk berjalan kerana kesakitan setiap kali bergerak.

“Bermacam-macam jenis ubat-ubatan di penjuru meja di bilik tidur dia.

“Amat sedih apabila tengok dia bergerak, sangat sukar. Jadi kita ambil inisiatif untuk menyumbang kerusi roda, bagi memudahkan dia bergerak,” katanya di sini baru-baru ini.