BERPRESTIJ… Penganjuran kali ketiga Pesta Antarabangsa Perahu Naga 2011 oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan telah memperlihatkan pertempuran sengit pasukan-pasukan bertaraf dunia.
Selain pasukan-pasukan pelbagai latar belakang dalam negara, turut memeriahkan penganjuran tersebut adalah peserta dari Singapura, Russia, Brunei, Cambodia, Hong Kong dan Indonesia.
Walaupun cuaca panas terik, ia tidak menghalang semangat para peserta untuk merangkul gelaran yang dipertandingkan.