Pesta Belon Udara Panas, 21 Feb.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar: SHUM JIAN WEI

GEORGE TOWN – Bersempena sambutan Tahun Melawat Pulau Pinang 2015, Penang Global Tourism (PGT) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bakal menganjurkan Pesta Belon Udara Panas pada 21 hingga 22 Februari 2015.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang hadir pada acara percubaan di Padang Polo di sini baru-baru ini memberitahu, pelbagai acara dirancang untuk menarik minat umum pada hari penganjuran berkenaan.

“Ini merupakan kali pertama Pulau Pinang mengambil inisiatif menganjurkan acara belon udara panas ini dan saya berharap ianya dapat menarik minat ramai pengunjung terutamanya mereka yang ingin mencuba pengalaman baru ini,” ujarnya di sini baru-baru ini.

Program tersebut bakal diadakan bermula pada jam 6 pagi hingga 9 malam.