HARMONI… Kira-kira 800 tetamu berbilang kaum hadir bagi bersama meraikan Majlis Rumah Terbuka Pesta Cahaya 2014 anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan di sini baru-baru ini.
Selain sajian makanan tradisional seperti maruku, laddu dan nasi minyak, para tetamu turut dihiburkan dengan tarian tradisional India dan nyanyian berentak Bollywood.
Turut disumbangkan adalah 50 hamper berupa barang keperluan harian kepada mereka yang terpilih melalui lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) kawasan Batu Uban di sini.
Majlis perasmian acara tersebut disempurnakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Speaker Dewan Undangan Negeri , Datuk Law Choo Kiang dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.