TERPEGUN… Rata-rata pengunjung yang datang ke Pesta Orkid Negeri Pulau Pinang 2011 sangat terpesona dengan pelbagai jenis spesies bunga orkid yang didatangkan khas untuk jualan kepada umum dengan harga yang sangat berpatutan.
Difahamkan, sebanyak 300 pokok daripada 35 spesies orkid telah dibawa oleh pengusaha seluruh pelosok negeri ini bagi menjayakan pameran, pertandingan dan jualan yang dianjurkan dengan kerjasama Federation Of Malaya Orchid Society (FOMOS) dan Jabatan Botani Pulau Pinang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Majimor Sharif dan turut dihadiri oleh isteri Ketua Menteri, Betty Chew.