Pesta Pinggiran Butterworth, 13 & 14 Ogos

SEBERANG JAYA – Pesta Pinggiran Butterworth Kedua 2016 (BFF) kembali lagi pada 13 dan 14 Ogos depan di perkarangan Jalan Jeti Lama.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap festival itu suatu hari nanti adalah semeriah Adelaide Fringe dekat Australia, yang dikenali sebagai festival kedua terbesar dunia dengan lebih 900 acara.

BFF mulai dianjurkan pada tahun lalu, manakala Adelaide Fringe pula sejak 1960.

“Ini, adalah usaha bersama Kerajaan Negeri dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) untuk membangunkan kawasan Seberang Perai sebagai medan seni dan budaya,” katanya pada sidang media promosi BFF 2016 di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif, Joe Sidek (Pengarah BFF) serta para Ahli Majlis MPSP.

Maimunah dalam pada itu memberitahu bahawa BFF merupakan festival pinggiran pertama dianjurkan di Malaysia dan tiada seumpama ini di negeri-negeri lain.

Manakala, Jeo Sidek pula berharap promosi media dapat menggandakan jumlah pengunjung ke BFF 2016 nanti, berbanding kira-kira 30,000 orang pada tahun lepas.

Tahun lalu, BFF memaparkan keunikan persembahan kategori jalanan, penerangan, kepelbagaian makanan dan acara permainan dari tempatan dan antarabangsa, selama dua hari.

}