Pesta Pulau Pinang janjikan keseronokan

A N T A R A gerai jualan d i P e s t a Pulau Pinang 2011.
ANTARA gerai jualan d i Pesta Pulau Pinang 2011.

SUNGAI NIBONG – Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini dengan rasminya membuka tirai pesta bagi tahun 2011.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum di negeri ini.

Hadir sama menemani ialah Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.

Guan Eng berkata, Pesta Pulau Pinang adalah satu jenama dan ikon Pulau Pinang yang sentiasa di tunggu-tunggu saban tahun.

“Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pesta Pulau Pinang tahun ini umpama taman cahaya apabila telah berubah wajah, lebih ceria, bertenaga, penuh warna-warni dan tentunya memberikan kepuasan dan ‘value for money’ kepada semua pengunjung.”

Tambah beliau, selain dapat mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan, acara-acara yang dipersembahkan sepanjang berlangsungnya pesta dapat mengukuhkan jalinan muhibah, permaufakatan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini khasnya dan masyarakat luar amnya.

“Dengan adanya sebanyak 167 gerai jualan, ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada pengusaha kecil dan sederhana (IKS) meningkatkan ekonomi dan nilai tambah kepada perniagaan mereka,” ujarnya.

SUASANA Pesta Pulau Pinang 2011 yang lebih ceria.
SUASANA Pesta Pulau
Pinang 2011 yang lebih
ceria.

Dengan tema ‘Jom Pi Pesta’ tahun ini, Pesta Pulau Pinang menjanjikan sesuatu yang istimewa untuk penduduk tempatan dan pengunjung dari luar negeri iaitu persembahan kebudayaan daripada pelbagai negara, pameran kraftangan daripada Sumatera Utara, Festival Boria dan Taman Hiburan Euro Fun Park.

Hadir sama pada majlis perasmian ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Pegawai Kewangan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pesta, Datuk Mokhtar Mohd. Jait dan Konsulat dari Thailand, Sumatera Utara dan Jepun.