Petani terjejas banjir terima bantuan Kerajaan Negeri

d80ad5f1 48af 4938 a2e8 0c17e24f0cf3

SUNGAI DUA – Seramai 13 orang petani kelompok di Lahar Yooi dan Nyiur Sebatang yang terjejas akibat banjir pada pertengahan September lepas menerima bantuan pertanian daripada Kerajaan Negeri.

Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata petani yang terlibat adalah daripada sektor penanaman sayur serta padi.

“Hari ini kita adakan jelajah untuk melihat petani-petani yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, kita sempat meluangkan masa dan memberikan bantuan berupa baja, racun rumpai serta peralatan-peralatan lain.

photo 2024 10 03 12 19 31

“Kawasan yang terjejas dianggarkan kira-kira 13.5 hektar di kelompok Lahar Yooi dan Nyiur Sebatang, Seberang Perai Utara (SPU) ini,” ujar Fahmi dalam satu sidang media di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, Mohd. Muhaimin Ibrahim.

Dianggarkan sebanyak RM181,500 kerugian (padi) dan RM177,450 telah dialami oleh petani-petani  SPU terlibat dalam kejadian banjir tersebut.

069029ff 0406 472e a26f 722f81928014 Muhaimin dalam pada itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada dua kelompok tersebut.

“Selain SPU, ada juga kawasan lain yang terlibat tetapi kawasn SPU adalah paling teruk terkesan.

“Dalam jelajah ini, kita turut melihat keadaan parit di beberapa kawasan yang perlu dibaiki melibatkan peruntukan RM50,000,” maklumnya sambil memberitahu bahawa lawatan ke kawasan lain yang terjejas turut akan diadakan selepas ini.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD