PGC koordinasi inisiatif hijau Pulau Pinang

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

DUA pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light tidak ketinggalan melihat sendiri hasil ciptaan yang berkonsepkan 3R pada penganjuran Ekspo Mini Hijau 2011 (EMH) Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
DUA pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light tidak ketinggalan melihat sendiri hasil ciptaan yang berkonsepkan 3R pada penganjuran Ekspo Mini Hijau 2011 (EMH) Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Ekspo Mini Hijau 2011 (EMH) Negeri Pulau Pinang yang diadakan baru-baru ini adalah inisiatif Penang Green Council (PGC) Strategies Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan PGC sebagai sebuah badan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran, memberi fasiliti dan mengkoordinasi pembangunan persekitaran hijau di Pulau Pinang.

Bertemakan ‘Memelihara Untuk Masa Depan – Wacana Suria’, ekspo dua hari tersebut turut mendapat sambutan daripada beberapa badan bukan kerajaan dan juga orang -perseorangan yang bergiat dalam lapangan hijau. Antaranya Soka Gakkai Malaysia, Robert Bosch (SEA) Pte. Ltd., Sustainable Biofuels Malaysia Sdn. Bhd. dan Equarater Sdn. Bhd.

Selain itu, beberapa siri ceramah turut diaturkan antaranya yang berkaitan dengan tenaga solar, ‘Feed-In Tariff’, bangunan rendah karbon indeks bangunan hijau dan sumber tenaga di bumi.

Ekspo yang diadakan di pusat membeli-belah 1st Avenue turut mempromosikan pameran utama yang bakal diadakan pada September 2012 nanti iaitu “Conserving for Tomorrow – Full Chapter”, selain memupuk kesedaran orang awam tentang penggunaan tenaga dengan mapan.

Turut diadakan adalah penyampaian hadiah bagi Pertandingan Rekacipta Logo PGC yang dimenangi oleh Pamela Wong Qui Lin, 30, (Hadiah Cemerlang), Chow May Ling, 26 dan Mohd Fakhri Abdul Rahman, 29 (Hadiah Khas).