PIFC akan mempelbagai instrumen ekonomi Pulau Pinang, Kon Yeow harap sokongan Pusat

6fc9b818 1a8b 4dff bfd3 8d1127dc27c1 KETUA Menteri dalam sidang media berkaitan di sini pada petang tadi antara lain berkata beliau percaya Steven Sim Chee Keong atas kapasiti sebagai Menteri Sumber Manusia mampu memainkan peranan supaya syor penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa (PIFC) di negeri ini mendapat sokongan anggota Mesyuarat Jemaah Menteri kelak.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri berharap syor penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) yang dikaji serta dibentangkan menerusi agensinya, Penang Institute (PI) mendapat sokongan berwajib daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim.

8ff51d41 eded 47b3 9f2a 4bd67d9157e3
KETUA Menteri

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berkata bahawa cadangan itu adalah langkah sulung untuk mempelbagai instrumen kewangan bagi memperkukuh teras ekonomi dan pelaburan negeri.

“PIFC adalah suatu cadangan yang akan membawa impak besar kepada Pulau Pinang dan rantau ini.

“Oleh itu, kita (Kerajaan Perpaduan Negeri Pulau Pinang) harap dapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan,” jelasnya kepada pemberita seusai berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Pemimpin PH Bersama-sama Pengamal Media di sini pada 21 Mac 2025.

a42dc945 a68e 4b2a 8006 8dc2d0cd1d7c
KETUA Menteri (depan, empat dari kiri), Steven Sim Chee Keong (depan, tiga dari kiri) bersama-sama barisan pemimpin lain merakamkan gambar kenang-kenangan dengan para tetamu jemputan termasuk pengamal media di sini pada petang tadi.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam; wakil Parti Keadlian Rakyat (PKR) negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik; dan Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zahar Zainul turut sertai sidang media tersebut.

bd0b7afa ba49 4b6c 85f3 4d8e55b4e5ea
STEVEN Sim Chee Keong

Menurut Kon Yeow lagi, pihaknya percaya Chee Keong atas kapasitinya sebagai Menteri Sumber Manusia mampu memainkan peranan bagi mendapatkan sokongan berkaitan daripada anggota Mesyuarat Jemaah Menteri, kelak.

Menjawab soalan pemberita selepas itu, Kon Yeow memberitahu bahawa hasil kajian Penang Institute selama setahun berkaitan syor penubuhan PIFC telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri sebelum ini.

“(Cadangan penubuhan PIFC) ini mungkin melibatkan pindaan undang-undang dan sebagainya.

“Sebenarnya dalam dokumen (yang dibentangkan oleh Penang Institute), kita (Pihak Berkuasa Negeri) minta mereka kaji pusat-pusat kewangan antarabangsa yang ada di negara (Republik Rakyat) Singapura, Shenzhen Hong Kong dan Shanghai (Republik Rakyat China).

“Pihak yang dipilih untuk bekerjasama dengan (Kerajaan) Negeri juga perlu bertanggungjawab untuk mendapatkan apa-apa kelulusan (termasuk) lesen untuk mengendalikan Pusat Kewangan Amtarabangsa Pulau Pinang ini,” ujarnya sambil menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan para pemegang taruh khususnya firma pemaju untuk bersama-sama dalam usaha merealisasikan PIFC ini.

Dalam konteks Malaysia, Buletin Mutiara difahamkan, setakat ini hanya ada Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC) ialah salah satu pusat kewangan luar pesisir (offshore) yang terkenal di Asia.

Zon Kewangan Luar Pesisir, kenaan cukai yang lebih rendah dan fleksibel kepada syarikat pelabur di Labuan sahaja, pengoperasi institusi perbankan dan insurans antarabangsa, sistem kewangan Islam serta pematuhan global yang diselia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) merupakan antara ciri utama Labuan IBFC.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD