Pink October, cetus kesedaran kanser payudara

Oleh : DARWINA MOHD. DAUD

PINK OCTOBER … Lebih 1,500 peserta menyertai acara larian 4.2 kilometer (km) Pink October Charity Fun Walk 2016 anjuran Kerajaan Negeri sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser payudara di sini baru-baru ini.

Hasilnya, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, sejumlah RM45,000 kutipan amal diserahkan kepada pertubuhan Pink Penang, Kumpulan Sokongan Kanser Hospital Seberang Jaya dan Persatuan Kanser Kebangsaan Cawangan Pulau Pinang.

“Kita (Kerajaan Negeri) amat menitikberatkan kempen seperti ini.

“Pada masa sama turut membuktikan bahawa pesakit kanser juga mampu melakukan aktiviti yang mencabar demi kebaikan bersama,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak pada penganjuran berkaitan di sini baru-baru ini.

Turut serta, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa & Kesihatan, Dr. Afif Bahardin yang juga ADUN Seberang Jaya, Dr. T. Jayabalan (ADUN Batu Uban) dan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubok).

Serentak acara larian ria amal tersebut, Pejabat ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim turut menganjurkan Karnival Merah Jambu (Pink Carnival) di Automall Persiaran Karpal Singh.

Tarian zumba dan aksi flash mob, ceramah kesihatan oleh doktor serta sesi pemeriksaan kesihatan percuma antara acara menarik penganjuran berkaitan.

} else {