PKI 12 dapat sambutan menggalakkan

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

PARA peserta PKI 12 bergambar kenang-kenangan sebelum  memulakan kayuhan ke Bukit Hijau di sini baru-baru ini.
PARA peserta PKI 12 bergambar kenang-kenangan sebelum memulakan kayuhan ke Bukit Hijau di sini baru-baru ini.

BERTAM – Kayuhan basikal amal, Program Kayuhan Ibadah 2012 (PKI 12) anjuran Pejabat Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bertam dengan kerjasama Jawatankuasa Qaryah Permatang Kuang telah berjaya memperoleh penyertaan menggalakkan terutama dalam kalangan anak-anak muda di sini baru-baru ini.

PPK Bertam, Asrol Sani Abdul Razak bersyukur bahawa penganjuran julung kali tersebut telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Budak-budak umur 12 tahun pun turut serta. Malah, ada yang berusia 60 tahun. Inilah ukhuwah yang ingin
diterapkan,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini.

Selain kayuhan amal, turut diselitkan elemen-elemen ibadah seperti Tazkirah Ibadah Fardhu ‘Ain, Praktikal
Wudhuk Sempurna, Praktikal Solat Sempurna, Praktikal Penyembelihan Ayam dan solat berjemaah di masjid
Sungai Karangan.

Kayuhan amal yang bermula dari Kampung Permatang Kuang, Kepala Batas, melalui Pinang Tunggal, Padang
Serai, Karangan dan berakhir di Taman Rekreasi Bukit Hijau, Kedah mengambil masa lebih kurang empat jam.

Pelepasan disempurnakan oleh Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim dan Pengerusi Qaryah Permatang Kuang, Said Salleh.