Politik PRN Pulau Pinang akan berubah, bukan lagi saingan tiga penjuru, respons Ketua Menteri

Admin
KETUA Menteri

BUKIT TENGAH – Mungkin ‘Tsunami Hijau’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada pertengahan bulan November tahun lepas tidak akan terjadi dalam gelombang sokongan yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang nanti.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa semasa PRU15 menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (BN).

Sementara dalam PRN yang kian kunjung tiba nanti, beliau berkata PN akan berdepan dengan dwigabungan parti iaitu PH dan PN secara dua penjuru sahaja.

“Menjelang PRN (Pulau Pinang) ini, dengan kerjasama politik yang dipupuk atas nama ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’, kita (PH) akan masuk gelanggang ini dalam senario baharu iaitu Pakatan Harapan ‘campur’ Barisan Nasional; (untuk mendepani saingan) Perikatan Nasional.

“Dinamik politik sudah berubah kerana dahulu (semasa PRU15) tiga gabungan parti politik bersaingan untuk tabung pengundian itu, tetapi sekarang (PRN Pulau Pinang) menjadi (pertembungan ) dua penjuru,” jelasnya seusai merasmikan Acara Gotong-Royong dan Program Kemasyarakatan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mangga/Taman Pinang di sini pada 25 Jun 2023.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa pihaknya berharap gabungan parti politik tersebut dan BN akan saling bekerjasama dan mendapat undi tambahan bagi mengekang ‘Thunami’ Hijau’ kepada PN daripada berulang.

Sebelum itu, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan memberitahu bahawa beliau diterima mengadap Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara untuk proses pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada hari berikutnya.

Selepas pembubaran DUN Pulau Pinang nanti, beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri berkata bahawa terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penamaan calon, hari undi awal dan hari undi akhir.

Kon Yeow yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyatakan bahawa beliau bersama-sama barisan Exco Kerajaan Negeri hanya akan memainkan peranan sebagai ‘caretaker government’, sementara menunggu SPR mengumumkan tarikh berkempen PRN Pulau Pinang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI