PPAPP lubuk ilmu yang janjikan kepuasan & kesempurnaan

Admin

Oleh: YAP LEE YING
Gambar: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

KEADAAN yang selesa untuk pembaca.
KEADAAN yang selesa untuk pembaca.

TAK kenal maka tak cinta. Perungkapan tersebut amat sesuai untuk melabelkan kemudahan yang disediakan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) secara keseluruhan.

Ke arah penanaman tabiat membaca dalam kalangan rakyat Pulau Pinang, pelbagai usaha yang lazimnya memanfaat, jimat, efisien dan sesuai dengan masa pengguna telah diimplementasikan oleh PPAPP. Apa yang menarik adalah pengimplementasian sistem rangkaian perpustakaan elektronik melalui jaringan seantara dunia, WWW ‘World Wide Web’ yang ‘menghubungkan’ 107 perpustakaan cawangan, desa, kanak-kanak dan bergerak dengan perpustakaan pusat di seluruh negeri Pulau Pinang.

Dengan merangkaikan perpustakaan pusat dengan perpustakaan-perpustakaan di bawah pentadbirannya, proses-proses utama dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan PPAPP seperti OPAC, pendaftaran keahlian, pinjaman, pemulangan, rizab, pembaharuan dapat diautomasikan dengan menyeluruh. Kesemua perkhidmatan berkomputer seperti akses kepada jurnal elektronik dan bahan pendigitan dapat dilakukan di mana-mana perpustakaan melalui laman web PPAPP.

KEMAS dan bersih menjadi asas utama perpustakaan pusat Seberang Jaya.
KEMAS dan bersih menjadi asas utama perpustakaan pusat Seberang Jaya.

Ini bermakna, apabila seseorang membuat pinjaman buku di perpustakaan pusat di Seberang Jaya, bahan tersebut boleh dikembalikan di mana-mana perpustakaan cawangan, pekan, desa ataupun perpustakaan bergerak yang memasuki taman-taman perumahan, kampung, sekolah, sekolah-sekolah khas dan kawasan perumahan pada setiap dua minggu sekali (bergantung kepada lokasi ditetapkan).

SHUKRIAH Yon.
SHUKRIAH Yon.

Menurut Pengarah PPAPP, Shukriah Yon, sistem yang turut diimplementasikan di tiga buah perpustakaan di pusat membeli-belah iaitu Komtar, Mayang Mall dan AEON Jusco, Seberang Perai turut membolehkan masyarakat umum membuat ‘tempahan’ buku yang dikehendaki di lokasi-lokasi berkenaan. Semua buku atau bahan-bahan bacaan yang dikehendaki akan dihantar mengikut permintaan masing-masing.

“Sehingga kini, keahlian PPAPP di seluruh negeri Pulau Pinang adalah berjumlah 382,429 orang manakala seramai 1.2 juta ahli adalah ahli tidak berdaftar. Melalui perangkaan tersebut, memang menjadi matlamat kami (PPAPP) untuk menjadikan ahli tidak berdaftar ini sebagai yang berdaftar di dalam tempoh terdekat.

BASIKAL antik yang dibeli secara on-line bagi melengkapkan Galeri P. Ramlee.
BASIKAL antik yang dibeli secara on-line bagi
melengkapkan Galeri P. Ramlee.

“Secara puratanya, kita (PPAPP) mempunyai seramai 800 hingga 1,000 pengguna setiap hari dan bagi terus menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, satu program terkini dari rumah ke rumah sedang giat dijalankan,’’ katanya ketika ditemui Buletin Mutiara di Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Melalui program tersebut, Shukriah memberitahu bahawa pendekatan yang digunakan adalah pegawai bertugas akan melawat setiap rumah dan mendapatkan maklumat mengenai bahan bacaaan yang ingin dibaca oleh individu ataupun keluarga berkenaan.

Dari situ, mereka (pegawai PPAPP) akan membawa bahan bacaan tersebut dan dari situ akan menjelaskan mengenai kebaikan menjadi ahli PPAPP.

SYARIFUL Nahar Mat Saad.
SYARIFUL Nahar Mat Saad.

Sementara itu, Penolong Perpustakaan, Syariful Nahar Mat Saad yang dipertanggungjawabkan untuk membawa wartawan dan jurugambar Buletin Mutiara melawat kawasan sekeliling perpustakaan pusat di Seberang Jaya menyatakan bahawa bangunan tersebut terbahagi kepada dua tingkat.

“Selain bilik-bilik membaca biasa, apa yang istimewa di sini adalah kami (PPAPP) menyediakan Bilik Pengguna Istimewa khas untuk orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan. Diselia oleh Pembantu Perpustakaan, Mohd. Hazani Abdullah (yang juga cacat penglihatan), beliau (Mohd. Hazani) akan ‘mentejermahkan’ buku teks asal kepada ‘braille’ untuk keperluan golongan berkenaan,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, bagi melengkapkan keunikan perpustakaan pusat tersebut, sebuah Galeri P.Ramlee turut
diwujudkan dan dirasmikan pada 17 November 2011 atas inisiatif khas Shukriah.

BAS perpustakaan b e rg e r ak yang digunakan untuk m e n d e k a t i m a s y a r a k a t kampung, desa dan taman-taman perumahan.

 

“Gambar-gambar yang terdapat di dalam galeri ini diperoleh dari Arkib Negara dan Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Malah, peralatan seperti alat muzik, basikal antik dibeli secara on-line,’’ jelas Syariful Nahar sambil menyatakan bahawa lagu dan muzik P.Ramlee turut didendangkan mengikut waktu operasi
perpustakaan.

Selain itu, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di perpustakaan pusat adalah Bilik Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang ; Bilik Kanak-kanak; Unit Perkhidmatan Koleksi Digital; Koleksi Pulau Pinang; Bilik Tayangan dan Auditorium yang mampu memuatkan 200 penonton.