PPK rai golongan tidak bernasib baik di Bayan Lepas

Admin
ASNAH Hashim (depan, berkaca mata) dan penerima-penerima menunjukkan tanda bagus selepas menerima sumbangan kelengkapan persekolahan di sini baru-baru ini.
ASNAH Hashim (depan, berkaca mata) dan penerima-penerima menunjukkan tanda bagus selepas menerima sumbangan kelengkapan persekolahan di sini baru-baru ini.

PERKASAKAN RAKYAT… Prihatin dengan golongan tidak bernasib baik, Pegawai Penyelaras Bayan Lepas, Asnah Hashim telah mengambil inisiatif khas untuk menyumbangkan kelengkapan persekolahan kepada 110 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang memerlukan di kawasan berkenaan.

Antara kelengkapan yang disumbangkan adalah set alat tulis, beg sekolah dan baucar bernilai RM100 setiap seorang.

Penerima-penerima sumbangan adalahh terdiri daripada anak-anak yatim dan dari keluarga kurang berkemampuan yang merangkumi 11 kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) KADUN Bayan Lepas.