TELOK BAHANG – Aktiviti gotong- royong bukanlah aktiviti bermusim yang hanya dijalankan tatkala kawasan mulai ditumbuhi semak samun tetapi perlu dijadikan aktiviti bulanan penduduk setempat, ujar Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Bahang, Datuk Abdul Halim Hussain baru-baru ini.
“Aktiviti gotong-royong bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan kawasan setempat tetapi juga boleh dijadikan aktiviti senaman yang menyihatkan.
“Apabila persekitaran bersih, badan sihat maka minda pun akan cerdas dan mampu menjadi warga Pulau Pinang yang cemerlang,” ujar Abdul Halim sejurus selesai Program Gotong-royong Cleaner, Greener Penang di Kampung Bagan Ayer Itam, Jalan Bharu dekat sini baru-baru ini.
Seramai kira-kira 30 penduduk setempat dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Bharu turut serta dalam gotong-royong tersebut.
Hadir sama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria.