PPS turut serta perbarisan Merdeka

KONTINJEN PPS yang menyertai perbarisan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke - 55 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
KONTINJEN PPS yang menyertai perbarisan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke – 55 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

SEMARAK… Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke – 55 Peringkat Negeri Pulau Pinang, kontinjen Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dengan kekuatan 265 anggota turut serta memeriahkan perarakan sambutan tersebut di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Penyertaan sulung kontinjen PPS diketuai A. Manickam.

Hadir pada majlis sambutan tersebut adalah Tuan Yang Terutama, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Turut hadir, Ketua Menteri, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.